Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, September 2, 2012

Aksi Terengganu, Kedah panas


Pemain Kedah dan Terengganu bergaduh pada pertemuan kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dekat Kuala Terengganu, malam tadi. Kedua-dua pasukan terikat 1-1. - MINGGUAN/SHAIFUDIN MOHD NOR
KUALA LUMPUR - 
Terengganu diikat Kedah 1-1 dalam perlawanan 'panas' di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan tiga kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Zohri Tajudin selepas Francis Forkey Doe dan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza terlibat dalam aksi pergaduhan selain seorang lagi pemain Kedah, Wan Mohd. Syukri pada masa kecederaan....

Forkey Doe telah menyiku pertahanan Kedah, Mohd. Sabre Abu pada minit ke-75 yang menyaksikan Helmi campur tangan dengan melakukan tindakan provokasi terhadap pemain import Terengga berkenaan yang menyebabkan pengadil tiada pilihan lain melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain terbabit.
Sebelum itu, Forkey Doe telah meletakkan Terengganu pada minit ke-20 tetapi dapat disamakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-62.
Sementara itu, juara Liga Super, Kelantan bangkit penuh bergaya membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad ke-IVsekali gus membuka persaingan Kumpulan B Piala Malaysia kembali seimbang.
Pemain tinggi lampai, Afiq Azmi meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-8 sebelum Marlon Alex James membalas dengan gol penyamaan pada minit ke-26 namun Norshahrul Idlan Talaha memberi jaringan kedua Kelantan pada minit ke-29.
Marlon menyamakan kedudukan sekali lagi, tujuh minit kemudian dan Hairuddin Omar meletakkan tuan rumah dalam tekanan apabila memastikan ATM mendahului buat pertama kali pada minit ke-44.
Ketika permainan berbaki 15 minit untuk ditamatkan, Norfarhan Muhammad meletakkan kedudukan 3-3 dan Nurul Azwan Roya muncul hero Red Warriorsdengan gol kemenangan pada minit ke-86.
Pahang yang bangkit daripada ketinggalan dua kali berjaya meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Sarawak dengan Azamuddin Akil muncul wira Tok Gajah dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-57 dan 68 di Stadium Negeri, Kuching.
Rashid Aya terlebih dahulu meletakkan tuan rumah pada minit ke-15 sebelum dibalas oleh Maycon Carvalho, namun Joel Epalle memastikan Sarawak mendahului 2-1 pada minit ke-44.
Pemain import Selangor, Bosko Balaban memastikan peluang Red Giants ke suku akhir terus terbuka apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-4 dan 28 untuk menumpaskan T-Team 2-1 di Stadium Shah Alam manakala jaringan tunggal T-Team dihasilkan Fadzli Saari pada minit ke-80.
Di Stadium Jalan Besar, Lions XII semakin mencerahkan laluan ke suku akhir apabila meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor melalui jaringan awal Khairul Amri pada minit ke-2.
Perak pula semakin hampir boleh melupakan saingan suku akhir apabila kalah 0-1 kepada Negeri Sembilan di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan penalti Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-45.
Naib juara Piala FA, Sime Darby bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Felda United 3-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Johor FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan PKNS FC dengan keputusan 2-1 pada aksi kumpulan A.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive