Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, September 1, 2012

Reds pinjam Carroll ke West Ham

sl_01.1

LONDON -

Liverpool telah melepaskan Andy Carroll ( gambar) kepada pesaing Liga Perdana, West Ham untuk tempoh pinjaman yang panjang musim ini, selepas hanya 19 bulan penyerang England itu mencatat rekod perpindahan bernilai 35 juta pound (RM172 juta).

Kedudukan Carroll dalam skuad Brendan Rodgers telah mendapat perhatian sejak….

dia menjadi pengurus baru Liverpool dan penyerang itu tidak berada dalam perancangannya.

Liverpool dalam kenyataan, semalam bahawa Carroll akan menghabiskan sepanjang musim 2012/13 bersama pasukan Sam Allardyce.

Bagaimanapun, Reds tidak pula menyatakan sama ada West Ham mempunyai pilihan untuk membeli penyerang tersebut selepas tamat tempoh pinjaman itu.

Carroll gagal menyerlah sebagai pemain dalam kesebelasan utama di Liverpool sejak berpindah dari Newcastle pada saat terakhir sebelum tingkap perpindahan ditutup pada Januari 2011. - AP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive