Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, September 5, 2012

City mahukan Ronaldo

sl_01.1

LONDON

- Manchester City bersedia untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo ke England dengan bidaan 95 juta pound (RM468 juta).

Sebelum ini Ronaldo memberitahu Presiden Real Madrid, Florentino Perez bahawa dia tidak gembira bersama kelab itu dan mahu meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu….

Kini City berusaha untuk menawarkan kontrak empat tahun kepada bekas pemain Manchester United itu bagi membawanya kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris.

Membeli Ronaldo bermakna boss City, Roberto Mancini perlu menjual salah seorang pemainnya bagi memastikan kelab itu mampu membayar gaji pemain itu yang menerima bayaran sekitar 250,000 pound (RM1.2 juta) seminggu di Madrid.

Ronaldo menjaringkan dua gol ketika membantu Real menang 3-0 ke atas Granada Ahad lalu, namun dia enggan meraikan jaringannya, sekali gus menimbulkan persoalan di kalangan media Sepanyol.

"Saya tidak meraikan gol tersebut kerana saya tidak gembira.

"Ia melibatkan perkara profesional. Real Madrid tahu mengapa saya tidak gembira," kata Ronaldo selepas perlawanan Ahad lalu.

Ronaldo yang menjaringkan 46 gol dalam saingan liga musim lalu kini dalam persiapan bersama skuad Portugal untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia di Luxembourg, Jumaat ini.

Sumber terdekat pemain itu memberitahu situasi berlaku ketika ini memang dinantikan oleh banyak kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Bagaimanapun, City pada malam lalu menafikan mereka telah bersedia untuk mendapatkan khidmat Ronaldo selain bersetuju bahawa ejen pemain berkenaan, Jorge Mendes telah membuat spekulasi.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive