Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, September 11, 2012

Ugut mahu pulau solat Jumaat

image

KUALA KRAI -

Tindakan segelintir penduduk ‘mengugut’ untuk memulaukan solat Jumaat di Masjid Mukim Bedal, dekat sini, hanya kerana sekeping kain rentang projek pembangunan masjid itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak mengenang budi pemberi sumbangan…..

Difahamkan, ugutan disuarakan kepada Imam Tua masjid itu, Mohd Din Ismail sebelum dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bedal, Badaruddin Taharim.
Susulan itu, kain rentang tertera ‘Alhamdulillah, Satu Projek Amal Jariah Menaiktaraf Masjid Hasil Usaha Penyelaras Dun (Dewan Undangan Negeri) Mengkebang, Azizzuddin Hussein’ yang sebelum ini dipasang di pagar masjid itu, dipindahkan ke seberang jalan.
Seorang penduduk tidak bersetuju dengan tindakan itu berkata, dia yakin majoriti penduduk sependapat dengannya kerana ugutan tersebut menggambarkan seolah-olah mereka tidak pandai berterima kasih kepada penderma.
“Sebelum ini, penduduk mengadu masalah ruang solat masjid ini tidak cukup untuk solat Jumaat dan solat sunat hari raya tetapi bila ada pihak sudi bantu hulur sumbangan, begini pula balasannya.
“Saya percaya, ugutan ini timbul sebab ada pihak kurang senang dengan projek ini dan kemungkinan besar ada kaitan dengan unsur politik kerana dilaksanakan pemimpin Umno (Azizzuddin),” katanya yang enggan dikenali kepada Sinar Harian.
Kain rentang itu mula dipasang sebaik sahaja kerja menyiapkan tapak projek melebarkan masjid berkenaan dimulakan pada 28 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan.

Azizzuddin meluluskan peruntukan bagi melebar ruang solat dan bina tempat wuduk baru selepas dimaklumkan Mohd Din mengenai masalah ruang solat masjid itu tidak cukup bagi menampung jemaah pada Jumaat dan hari raya.

Penduduk itu berkata, dia tidak faham kenapa ugutan itu timbul sedangkan kain rentang berkenaan langsung tidak mengganggu jemaah beribadah kerana terletak berhampiran pintu pagar masjid.
“Ugutan ini tidak timbul jika penduduk terbabit ada sikap berterima kasih dan mengenang jasa baik pihak yang ingin bantu selesaikan masalah jemaah masjid ini.
“Islam pun ajar kita supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih tetapi apa pertimbangan penduduk terbabit bila sanggup ugut nak pulau solat Jumaat hanya kerana kain rentang papar gambar penderma di pagar masjid,”

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive