Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, September 8, 2012

Saya India, Takda Pun Polis Datang Kacau Hari-hari

bela-gangster

Baca tajuk di atas.

Itulah antara kandungan perbualan antara penulis dengan seorang budak India yang mewarisi kedai gunting rambut milik bapanya di ibukota….

Kenyataan itu dibuat remaja itu ketika muncul topik dakwaan polis membunuh seorang remaja India, D Dinesh, 26 di kawasan Ampang baru-baru ini.

Bagusnya budak gunting rambut berbangsa India itu ialah dia bersikap rasional. Dia tidak membabi-buta mempertahankan kaumnya.

Baru umur 24 tahun, tetapi lebih pandai dan berakal berbanding dengan pemimpin-pemimpin India dalam PKR seperti Lateefah Koya dan R. Sivarasa.

Belajar pun takat SPM aje tapi tak merapu.

Dia kata, dalam kes Dinesh, dia langsung tidak bersimpati dengan simati dan yakin mesti ada sebab yang kukuh kenapa remaja itu ditembak.

“Ini semua gangster la abang, semua kasi susah orang punya hidup, kasi mati lagi baik la bang,” katanya dengan nada yang jujur.

(Gambar Hiasan)

Dia bercakap begitu kerana sebagai peniaga, walaupun sekadar perniagaan kedai gunting rambut, ada sahaja kumpulan yang akan datang mintak wang perlindungan daripadanya.

“Berapa aje saya dapat, kalau saya nak kena bagi kat diaorng apa tinggal kat saya,” luahnya.

Jelasnya, ketika bapanya baru meninggal dunia, ada sekumpulan gangster India datang berjumpa dengannya.

“Diaorang cakap, adik, u kena bayar kitaorng sikit la…kalau tarak, nanti u punya kedai ada masalah saya tak boleh datang tolong.

“Saya cakap balik, abang jangan datang lagi baiklah, saya lagi selamat,” katanya.

Itu baru seorang dan masalah mintak wang perlindungan itu tak pernah berakhir dan semuanya kumpulan gangster India yang selalu datang.

“India Indialah bang, saya pun India tapi perangai macam ini mana boleh tahan,” katanya yang agak marah.

Jelas remaja India itu, mendiang bapanya berpuluh tahun menjadi tukang gunting rambut, dan dia sendiri pun sudah agak lama dalam bidang itu.

Dia bukan sahaja mewarisi kemahiran mengunting rambut dari mendiang bapanya, tetapi menjalankan aktiviti perniagaan itu di kedai yang sama yang telah pun berusia hampir 30 tahun.

Poin berikut dalam kes Dinesh yang dikatanya kepada penulis, kalau boleh saya hendak sangatlah Lateefa Koya dan orang macam Sivarasa dengar dan fahami;

“Saya cakap dengan kawan-kawan India saya yang marah polis, saya cakap saya dengan bapak dulu sudah kerja sini berapa puluh tahun, takda sekali pun polis datang kacau atau datang geledah kedai saya.

“Pasal apa, pasal saya tak buat apa-apa benda jahat, saya tak pernah ada rekod jenayah, jadi polis pun takdalah nak suka-suka datang kacau saya,” katanya.

Faham tak mesej yang budak 24 tahun tu nak sampaikan? Sivarasa kau faham tak? Lateefa Koya…kau lak?

Mudah sahaja…kalau kita tak buat hal…tak kisah la apa warna kulit pun, takdanya polis nak datang kacau atau tembak sesuka hati.

Tapi kalau perangai dah macam setan, kerja menyusahkan orang, mestilah polis kena bertindak.

Dan dalam menjalankan tugas, mungkin penjenayah akan hilang nyawa, cedera dan sebagainya. Pasal penjenayah ni pun akan melawan.

Dalam kes Dinesh, polis sudah memberikan versi kejadian itu mengikut kata mereka. Yang duk kata Dinesh ditembak tanpa melawan tu pun ada seorang aje yang silap hari kawan mamat tu jugak agaknya.

Banyak bukti memperlihatkan Dinesh ahli kongsi gelap. Dia bukan meniaga kedai makan atau kedai gunting rambut semata-mata.

Yang menjadi masalah, pemimpin PKR sekarang hendak jadikan kematian Dinesh sebagai alat untuk memburukan kerajaan, menanam syak wasangka di dalam masyarakat India kononnya kerajaan menggunakan polis untuk membunuh remaja India dan sebagainya.

Entah mereka ini sedar atau tidak…orang-orang seperti Sivarasa sebenarnya sedang memberikan ruang dan peluang kepada kumpulan gangster untuk tidak merasa gentar dengan polis pada masa akan datang.

Mereka tahu…anne Sivarasa and the gang akan mempertahankan mereka dan sebaik mungkin mempersoalkan polis serta kerajaan.

Sikap pemimpin seperti Sivarasa dan Lateefah Koya sedikit sebanyak akan membuat polis jadi serba-salah dalam bertindak dan mewujudkan halangan dalam kerja mereka.

Bila kumpulan-kumpulan gangster merasakan mereka dilindungi dan polis semakin susah bergerak….mungkin orang macam Sivarasa dan Lateefah tak kena apa-apa…tapi orang macam penulis dan anda yang membaca ini yang akan mula merasa tekanan dan hidup menjadi sukar.

Tak percaya….tunggu sahajalah….untuk pemimpin PKR, teruskanlah bela gangster….jangan ingat suatu hari nanti diaorang tak sampai depan pintu rumah anda untuk wujudkan masalah.

Budak tukang gunting rambut umur 24 tahun itu jauh lebih memahami dan bijak daripada Sivarasa dan yang lain-lain.

Kepada Sivarasa, Lateefah Koya dan lain-lain, banyak lagi benda yang boleh diperjuangkan dan diperbetulkan selain daripada ke hulu-hilir melakukan tindakan yang boleh dilihat sebagai mempertahankan gangster.

Oleh: AK-47

(Petikan Bahan: Blog Melayu Baru)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive