Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, June 30, 2013

Jejaka Melayu Punca Perpisahan Jac?

m_16jaclynSelepas 10 tahun menyulam kasih, hubungan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor bersama tunang, Chris Bellamy akhirnya menemui titik noktah apabila

masing-masing bersepakat untuk membawa haluan sendiri.

“Saya tidak suka untuk menggunakan perkataan putus tunang. Apa yang boleh saya katakan, kami berdua bersepakat untuk membawa haluan masing-masing setelah memikirkan ia jalan yang terbaik untuk kami berdua,” ujar Jac ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya, ‘Ikut Rentakku’, baru-baru ini.

“Keputusan ini dibuat awal tahun lalu secara bersama. Hubungan kami tiada masalah, malah kami masih berhubung secara baik sehingga kini. Cuma secara peribadi, saya rasa ralat sangat dengan perkara ini. Saya tidak kecewa tapi mengakui berasa sayang, kerana 10 tahun bukan satu tempoh yang singkat.

Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan hubungan ini tapi keadaan tak mengizinkan untuk kami teruskan. Tapi, tidak mengapa, saya positif kerana hubungan kami bukan putus terus kerana kami masih lagi berkawan baik.”

Ditanya adakah punca perpisahan mereka ada kaitan dengan jejaka Melayu yang mempunyai hobi yang sama dengannya iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi, pelantun lagu ‘Sebelah Jiwaku’ ini dengan tegas menafikannya.

“Tidak sama sekali. Saya pun dah lama tak melakukan aktiviti menunggang motosikal besar. Keputusan ini dibuat apabila memikirkan ia jalan terbaik untuk karier masing-masing. Banyak lagi yang saya nak buat dalam karier seni saya, begitu juga Chris dengan kerjayanya di London.”

Ditanya adakah dia masih meletakkan sebarang harapan dengan hubungan jarak jauh ini, Jac memberitahu, “Buat masa ini, saya tidak mahu meletakkan harapan dengan hubungan ini. Namun, andai ditakdirkan bersama kembali, saya berserah saja kepada jodoh,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive