Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, June 13, 2013

Pelajar Blog Lucah Vivian Dirompak Dan Dicederakan Dengan Pisau!

vivian pelajar lucah dirompak 1Gadis seksi, Vivian dirompak dan dicederakan dengan pisau ketika sedang berjalan seorang diri di

Jalan Ipoh pukul 3.30 pagi Selasa lalu.

Menurut teman lelakinya, Alvin, Vivian ketika itu sedang berjalan bersebelahan sebuah kondominium ketika dihampiri seorang lelaki India berbadan besar.

Lelaki berkenaan menurutnya telah menolak Vivian ke sebatang pokok dan menghalakan pisau ke arah gadis tersebut sebelum menjerit;

“Oi, bagi duit kalau lu tak mau saya potong lu,” katanya dalam status di akaun Facebook miliknya semalam.

Katanya, Vivian bersetuju untuk menyerahkan wangnya tetapi meminta kepada lelaki berkenaan agar memulangkan kad pengenalan, lesen, kad bank dan dokumen penting yang lain.

“Dia belum sempat menamatkan ayatnya sebelum anak haram itu dengan ganas merampas wallet serta kunci rumah dan berlari ke arah rakannya yang menanti di atas motosikal di seberang jalan,” katanya.

Menurut Alvin, sebelum pergi, lelaki berkenaan sempat mencederakan Vivian di bahagian tangan dan pinggang.

Beliau dalam entri yang sama memuji kecekapan pihak hospital dan mendoakan lelaki berkenaan menemui kecelakaan dalam hidupnya.

Sementara itu, Vivian yang menjalani pembedahan akibat kecederaan di tangannya memberitahu bahawa pembedahan itu berjaya

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive