Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada
Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.
Malah dalam Sinar Harian hari ini, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.
Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.
Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu.
UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan.
Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu.
Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil.
Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja-kerja dakwahnya.
Tetapi siapa tahu dengan kelebihan yang ada padanya maka dia akan diangkat sebagai calon? Itu kemungkinan yang tak boleh ditolak!
Apatah lagi UAI anak jati Terengganu, cantik sangat.
Lagipun ini peluang dan medan terbaik untuk UAI ‘walk the talk’ kata orang putih.
Yelah, setakat berceramah memang mudah tetapi yang lebih penting melaksanakan apa yang diucap.
Rasanya kalau terpilih jadi ADUN sekalipun, ini tidak bermakna dia tidak boleh memberi ceramah-ceramah lagi seperti sebelumnya.
Namun terpulanglah kepada yang empunya diri.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
Politik ini sepak terajangnya lain macam sikit.
Musuh boleh datang dari luar dan dari dalam parti itu sendiri.
Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Ke macam mana Ustaz?
No comments:
Post a Comment