Mungkin pelik, tapi itulah yang terpapar di laman akhbar Harian Metro apabila mendakwa jin juga menggunakan Twitter di Arab Saudi serta mempunyai pengikut berjumlah
161,000.Malahan tambah menarik apabila jin tersebut dikatakan telah memuatnaik gambar di Yaman yang berusia 100 tahun dahulu. Kata jin tersebut,
Antara gambar di laman Twitter jin yg mendakwa ladang di Yamen berusia 100 tahun
"Saya ialah Jin tulen, kepada semua manusia, saya Jin pertama menggunakan Twitter. Mungkin ada dikalangan anda beranggapan saya berpura-pura, sebenarnya saya memang Jin tulen dan anda akan melihat keajaiban pada akaun Twitter saya tidak lama lagi"
Paparan hadapan laman Jin twitter Jin tersebut
Jin tersebut juga mendakwa dirinya sukakan keamanan, tidak mahu cederakan sesiapa dan suka bersahabat dengan semua manusia serta mengetahui tingkahlaku mereka. Jin tersebut juga mendakwa dirinya tinggal di sebuah rumah terbiar di Arab Saudi.
Antara gambar di laman Twitter jin yg mendakwa ladang di Yamen berusia 100 tahun
Seorang pengunjung menghubungi pemilik akaun Twitter Jin tersebut dengan nama palsu, namun Jin itu dengan segera memberitahu nama sebenarnya, alamat dan bandar yang diduduki pengunjung tersebut. Pengunjung itu berasa takut lalu membaca ayat-ayat suci.
Antara gambar di laman Twitter jin yg mendakwa ladang di Yamen berusia 100 tahun
No comments:
Post a Comment