Pelakon yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak menyepi selepas
penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.
Gambit yang sebelum ini pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura juga dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.
Namun lewat malam tadi, Kami ada menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.
Keadaan kereta yang terbabas
Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.
Kemalangan berlaku di hadapan kondominium Casa Tropicana
Kami telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.
Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?
Kalau betullah kemalangan ini cuma gimik, Kami pasti ramai peminat tak sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.
Gambit dan beberapa orang lagi sewaktu kejadian
No comments:
Post a Comment