Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, June 9, 2013

video 'Cikgu' tomoi anak murid -

Memang ganas ustaz seorang ini. Beliau dikhabarkan sebagai seorang Ustaz ..Tak pedulilah siapa dia. Apa yang dilakukannya memang keterlaluan...


Mula-mula pelajar itu dilempang. Tidak cukup dengan itu beliau menghentak pangkal leher pelajar berkenaan dengan kedua-dua belah tangannya (ala tomoi) sehingga pelajar itu terbongkok.

Dalam keadaan terbongkok pelajar itu diberi penangan kepala lutut yang juga kelihatan seperti aksi tomoi. Memang tidak patut pelajar diperlakukan sedemikian. 

BALING - Sebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial.

Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit.

Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit.

Rakaman itu mula di muat turun dalam laman sosial sejak April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial.

Berdasarkan rakaman itu, remaja terbabit ditampar sekali di muka, ditumbuk di perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut.

Rakaman itu jelas menunjukkan remaja terbabit berada dalam kesakitan bagaimanapun, lelaki terbabit terus membelasah remaja terbabit tanpa belas kasihan.

Rakaman awal turut menunjukkan terdapat beberapa remaja yang berada dalam barisan berdekatan tempat kejadian, bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak berani untuk mempertahankan mangsa.

Bagaimanapun, Jurucakap Polis Daerah Baling mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

Pihak polis turut berharap pihak berkenaan dapat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive