Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, June 28, 2013

Sebenarnya ..Shila Pernah Couple Dengan Awi Rafael Sebelum Sharnaaz

2013-06-27_203437Amboi, ramai nampaknya yang tidak puas hati dengan Murai Batu apabila Murai Batu menulis artikel pada

Hanez Tiada, Awi Rafael-Shila Amzah Ada Chance Bersama.

Sebab, diaorang ingat Murai Batu sengaja buat cerita untuk laga-lagakan Shila Amzah dengan Awi Rafael. Ish..ish..ish... Murai Batu pun takde masalah nak buat kerja-kerja melagakan orang macam tu ya.
Tapi, kisah percintaan Shila Amzah dengan Awi Rafael ini bukanlah sesuatu yang baru di kalangan segelintir orang di dalam industri muzik. Yang tak tahu cuma orang di luar sana saja.
Untuk pengetahuan semua, Shila Amzah telah menjalinkan hubungan cinta dengan Awi Rafael sebelum dia berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad lagi. Haaa.. Tapi percintaan mereka tidak berjaya dihidu oleh sesiapa kerana ketika itu Shila Amzah pun masih low-profile. Begitu juga dengan Awi Rafael.
Kalau korang semua nak tahu, Sharnaaz Ahmad sendiri pun pernah melahirkan cemburu terhadap Awi Rafael sewaktu Shila Amzah menyertai pertandingan Mania dulu. Waktu itu, Awi Rafael dengan Shila Amzah memang sudah tiada apa-apa lagi dan Shila pula sudah bercouple dengan Sharnaaz.
Selama ni, Murai Batu simpankan saja rahsia ni. Tapi, sejak Shila Amzah kembali single dan begitu juga dengan Awi Rafael, barulah Murai Batu kongsikan perkara ini pada korang semua. Pandaikan Murai Batu simpan rahsia?
Apapun, baik Awi Rafael dengan Shila Amzah masing-masing pun tengah sibuk membina kerjaya nyanyian masing-masing. Kita doakan yang terbaik saja untuk mereka ya!

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive