Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, June 21, 2013

Isu Berbaju Sendat: Shila Tak Sangka Masyarakat Marah

shila_amzah-sendatSering menjadikan laman sosial Twitter dan Instagram sebagai medium untuknya berkongsi apa saja aktivitinya hariannya,

itu cara Shila Amzah untuk sentiasa membuat peminat dekat dengan dirinya. Kerana itu juga dia tidak kisah untuk memuatnaik baik gambar mahupun status yang memberitahu apa yang sedang dilakukannya.

Namun baru-baru ini Shila secara tidak sengaja mencetuskan kontroversi apabila tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat laman sosial Instagram, mencetuskan kemarahan masyarakat. Ramai yang berpendapat tindakan pelantun lagu Patah Seribu ini sebagai tindakan yang tidak sopan.

images

Bercakap kepada mStar online, tindakannya memuat naik gambar tersebut hanyalah bertujuan untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya. Gadis berusia 23 tahun itu tidak pernah menyangka perkara tersebut mencetuskan kemarahan ramai.

“Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

“Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive