Selepas 10 menyulam cinta bersama tunang, hubungan antara penyanyi popular Jaclyn Victor dan tunangnya Chris Bellamy kandas
di tengah jalan apabila masing-masing bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.
“Hubungan kami tiada masalah apa-apa. Cuma apabila memikirkan soal perjalanan karier masing-masing ia membuatkan kami harus akur suatu keputusan terbaik perlu diambil. Jadi kami sepakat tidak memutus hubungan ini sebaliknya berasa wajar memilih jalan membawa haluan sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
![]()
Menurut Jaclyn, 35, walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan istimewa mereka masih berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar dan meluahkan masalah masing-masing.
Pada masa sama, Jaclyn berkata, walaupun perasaan sayang masih tebal kerana hubungan mereka sudah 10 tahun, namun dia tidak mahu meletak sebarang harapan yang kabur dan tidak pasti.







No comments:
Post a Comment