Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, June 12, 2013

Gadis Meninggal Ketika Bersunat

2013-06-11_230105KAHERAH – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun meninggal dunia ketika disunatkan di sebuah klinik persendirian

di kampung Dagahliya, di sini, semalam.

Mangsa, Suhair al-Bata’a telah disunatkan oleh seorang doktor yang pernah menyunatkan kakaknya, dua tahun lalu.

Punca kematiannya dipercayai akibat tekanan darah rendah yang berpunca daripada trauma kejutan.

Menurut bapanya, Mohammed Ibrahim, ketika kejadian, anaknya berada di dalam bilik bersama doktor dan jururawat sahaja.

“Kami tinggalkan anak perempuan kami bersama doktor dan jururawat dan selepas 15 minit, mereka membawanya keluar dari bilik pembedahan ke bilik berdekatan bersama tiga gadis lain yang turut bersunat.

“Bagaimanapun selepas setengah jam menunggu, anak kami masih belum keluar dari bilik tersebut, tidak seperti tiga gadis yang lain,’’ katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Hasanat Naeem Fawzy pula berkata, dia sekeluarga mahu doktor tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kematian anak perempuannya itu.

Dalam perkembangan sama, polis telah memanggil doktor tersebut untuk siasatan dan turut mengarahkan bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian gadis berkenaan.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas hinggakan Majlis Wanita Kebangsaan Mesir mahu mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan dihukum dan didakwa di bawah undang-undang jenayah.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive