Yana Samsudin yang telah digosipkan sudah bertunang dengan seseorang.rupanya hanya palsu semata-mata.
Penyebaran gosip ini berpunca daripada sekeping gambar Yana Samsudin bergambar bersama seorang jejaka ketika sama-sama menghadiri satu majlis korporat di Shah Alam baru-baru ini.
Nampaknya, bukan admin sahaja yang terkejut dengan gosip liar itu malah Yana juga. Menerusi Harian Metro semalam, Yana telah membuat penjelasan secara terperinci berkenaan gambar yang tersebar itu.
"Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul. Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu.
Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu. Insya-Allah, kalau ada apa-apa cerita saya nak bertunang atau berkahwin, pasti saya mengundang pihak media untuk merakamkan detik bersejarah itu nanti."
No comments:
Post a Comment