Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, June 29, 2013

Kanak-Kanak 12 Tahun Mampu Jinakkan Ular

Kanak-kanakKUALA KRAI – Biarpun baru berusia 12 tahun, Muhammad Aidil Fazli Mahadi ada keistimewaan tersendiri bila mampu

menjinakkan beberapa spesis ular berbisa sejak dua tahun lalu.

Murid Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, dekat sini, itu malah dianggap beruntung kerana mendapat didikan abang sendiri, juga seorang penjinak ular tersohor, Mohd Hamdan Mahadi.

Muhammad Aidil Fazli berkata, dia mula tertarik dengan reptilia itu kira-kira dua tahun lalu selepas sering bermain ular yang dibawa pulang abangnya ke rumah mereka di Guchil 1.

“Bila abang nampak saya minat bermain dengan ular, dia suka bawa saya bersama bila dipanggil untuk menangkap ular dan masa buat persembahan,” katanya semalam.

Muhammad Aidil Fazli berkata, semenjak mula berjinak dengan ular, dia pernah dua kali dipatuk tedung senduk dan sekali digigit ular sawa namun bersyukur kerana tidak cedera serius.

“Setakat ini, abang hanya beri saya tangkap ular sawa dan kadang-kadang tedung senduk tetapi tedung selar memang dia tak benarkan saya tangkap lagi,” katanya.

Mohd Hamdan pula berkata, dia tidak membenarkan Muhammad Aidil Fazli menangkap tedung selar kerana adiknya belum cukup mahir untuk menjinakkan reptilia berbisa itu.

“Kalau ular sawa dan senduk, adik saya sudah boleh jinakkan sendiri tanpa bantuan saya tetapi kalau tedung selar, saya akan tangkap sendiri.

“Masa saya buat persembahan ular, dia boleh bermain dengan tedung selar tetapi kalau nak tangkap, memang dia tak boleh lagi buat masa sekarang,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive