TASIK TEXOMA, Oklahoma – Seorang gadis berusia 19 tahun menjadi wanita pertama memenangi pertandingan menangkap ikan menggunakan tangan
di Oklahoma, Amerika Syarikat.
Gadis tersebut, Lucy Millsap menjuarai pertandingan itu selepas menangkap spesies ikan patin seberat 32.7 kilogram (kg) di Tasik Texoma baru-baru ini.
Dia memenangi wang tunai AS$1,500 (RM4,804) selepas menjuarai kategori ikan besar pada pertandingan tersebut yang disertai oleh 200 peserta.
“Ayah bertanya jika saya mahu menyertai kategori wanita, tetapi saya menjawab tidak, saya mahu mengalahkan peserta lelaki,” katanya dalam satu temu bual selepas pertandingan itu selesai.
Dikenali sebagai Festival Okie Noodling, pertandingan tersebut memerlukan peserta menyeluk lubang di dalam tasik yang menjadi sarang ikan itu.
Peserta kemudian akan menangkap ikan patin yang menyambar tangan mereka.
Acara tahunan yang menarik kehadiran beberapa ribu penonton itu dimulakan oleh seorang pembikin filem Oklahoma, Bradley Beesley bagi memperkenalkan sukan tersebut.
No comments:
Post a Comment