Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, June 14, 2013

Razali Hussain Selamat Diijabkabulkan Dengan Seorang Guru

ohartis-razali-hussain-nikah-11Pelakon Razali Hussain yang sering kita lihat dalam dramam sah bergelar suami kepada

seorang guru bernama Nik Nor Azlina dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.

Razali, 37, diijabkabulkan bersama isteri dengan mas kahwin sejumlah RM120 dan wang hantaran sebanyak RM13,000.

“Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” jelas Razali.

ohartis-razali-hussain-nikah-2

Menurut Razali, majlis persanding pihak lelaki akan berlangsung di Pulau Pinang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dan dia juga berharap agar pihak yang tidak dijemput tidak berkecil hati kerana majlis yang diadakan hanyalah sederhana dan untuk saudara-mara sahaja.

Apabila ditanya perasaannya apabila sudahpun bergelar suami orang, Razali berkata dia bersyukur kerana akhirnya dia menemui jodoh walaupun pada usia yang agak lewat dan dia gembira dipertemukan dengan seorang isteri yang sangat memahami diri dan kerjayanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive