Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, September 5, 2012

Polis bebas pelajar tunjuk punggung

image (2)

KUALA LUMPUR -

Polis malam tadi membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan petang semalam berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis….

.image (3)

Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Chin Wahberkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan,

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive