Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, September 20, 2012

Amboi! Belum Jadi Perdana Menteri, Mewahnya Anwar Ibrahim Mengalahkan Maharaja!


Kalau bab sembang tentang kekayaan sama rata, Anwar Ibrahimlah orangnya. Kononnya, para pemimpin UMNO kaya-raya belaka sebab mentekedaghah duit rakyat. Dihasutnya orang PAS untuk percaya dengan ceritanya, konon dalam UMNO tidak ada satu pun kebaikan. Orang PAS yang sebelum ini tak banyak tahu pun tentang UMNO, pakatla percaya habis-habisan.....

Suatu ketika dahulu, iaitu pada tahun 1998, Anwar Ibrahim adalah orang yang paling kuat temberang tentang jet peribadi yang kononnya dibeli oleh Tun Dr. Mahathir sebab nak berlagak menggunakan wang rakyat. Kemudian pecahlah cerita bila Tun Dr. Mahathir buka rahsia, orang yang order jet peribadi tersebut adalah Anwar Ibrahim dengan alasan, kesibukan Perdana Menteri memerlukan sebuah pengangkutan yang cekap. 
Yang dimaksudkan Perdana Menteri pada waktu itu adalah dirinya sendiri walaupun masa itu, Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir. Anwar Ibrahim beli jet itu dengan menggunakan kuasanya selaku Menteri Kewangan dan beranggapan waktunya untuk jadi Perdana Menteri sudah terlalu hampir. 
Namun kuasa Allah Taala mengatasi segala perancangan Anwar Ibrahim. Disebabkan dia telah dipecat daripada UMNO dan diterajang keluar dari Kabinet, Anwar Ibrahim pun terus cucuk dan cucuk dengan penipuan dan tipu perdaya yang gagal ditolak serta gagal ditafsirkan oleh orang-orang PAS. 
Persoalan dari mana Anwar dapat duit yang sangat banyak, tidak pernah dapat dijawab oleh Anwar Ibrahim sendiri apatah lagi konco-konconya. Kalaupun ada yang menjawab, kononnya Anwar ditaja oleh individu-individu tertentu pastinya, pertanyaan mengapa Anwar ditaja, tidak juga mengundang jawapan. 
Anwar Ibrahim mengarahkan para penceramah PAS bercerita tentang kemewahan yang dinikmati oleh Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan Muhyiddin Yassin. Konco-konconya seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Tony Pua dan sebagainya membangkitkan cerita tentang perbelanjaan Seri Perdana dan Seri Satria, walhal kedua-duanya adalah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimana pula dengan kediaman peribadi Anwar Ibrahim yang nilainya lebih RM7 juta? Berbanding kediaman peribadi Perdana Menteri di Taman Duta yang nilainya jauh lebih rendah dan saiznya lebih kecil, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan sumber kewangan yang membolehkan dia hidup serta memiliki hartanah sebegitu mewah. 
Bercakap pula berkenaan jet peribadi…
Bukan lagi rahsia, Anwar sekarang ini menggunakan jet super mewah dari jenis N99088 untuk pergi ke sana ke mari. Dari manakah Anwar memperolehi wang yang sebegitu banyak untuk membeli jet super mewah ini? Atau siapakah yang membiayai jet berkenaan untuk Anwar Ibrahim? Apakah tujuan pembiayaan tersebut?
Secara logik akal, kalau nak meminjam kereta dari kawan-kawan pun, kita terpaksa memujuk rayu dan membuat pelbagai akujanji, bagaimana pula dengan meminjam sebuah jet super mewah seperti yang digunakan oleh Anwar Ibrahim? Apa janji dan akujanji yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada orang yang memberi pinjam jet super mewah itu kepadanya?
Belum pun jadi Perdana Menteri lagi dan belum pun memegang kuasa besar, Anwar Ibrahim sudah menunjukkan belangnya. Justeru, ada kebenaran jugalah dakwaan berbelas-belas tahun dan masih tidak dapat dijawab oleh Anwar Ibrahim sampai sekarang, yang dia sebenarnya telah menggadaikan negara ini kepada Zionis dan kapitalis Eropah asalkan dia dibantu untuk memperolehi kuasa.
Nak hidup mewah sebegitu rupa, pasti akan mewajarkan Anwar Ibrahim untuk berbuat apa-apa sahaja, asalkan hajatnya tercapai! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive