Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, September 5, 2012

Ronaldo tuntut naik gaji RM123 juta

images

LONDON

- Cristiano Ronaldo menuntut Real Madrid menawarkan kontrak baru yang jauh lebih lumayan dengan nilai yang mungkin mencecah 25 juta pound (RM123.3 juta) setahun.

Ronaldo mendedahkan dia 'kurang gembira' di Bernabeu dan terdesak mahu memulakan rundingan lanjutan kontrak, meskipun kontrak semasa masih berbaki tiga tahun….

Ronaldo, 27, kini menikmati gaji tahunan 9.6 juta pound (RM47.34 juta), dengan pendapatan bersihnya 7.2 juta pound (RM35.5 juta), kerana struktur cukai yang longgar di Sepanyol.

Namun, bekas penggempur Manchester United itu belum cukup berpuas hati apabila dia menuntut jumlahnya dilipatgandakan kepada 14.5 juta pound (RM71.5 juta), atau gaji bersih 12 juta pound (RM59.2 juta) mengikut kadar cukai semasa.

Masalahnya, dalam tempoh dua tahun akan datang, penerima gaji mahal seperti Ronaldo bakal dikenakan cukai yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang.

Di bawah sistem cukai baru di Sepanyol, mereka yang bergaji 300,000 euro (238,000 pound atau RM1.17 juta) setahun atau lebih, bakal dikenakan kenaikan cukai mendadak dari 24 sehingga 52 peratus.

Ini bermakna, untuk memenuhi permintaan Ronaldo yang mahu membawa pulang 12 juta pound setahun selepas cukai, Real terpaksa memperuntukkan 25 juta pound setahun, atau 480,000 pound (RM2.37 juta) seminggu.

Difahamkan, Ronaldo mula menuntut pembaharuan kontrak sejak Januari lagi.

Bagaimanapun, pentadbir Real keberatan untuk melayan tuntutan melampau itu, memandangkan UEFA mewajibkan semua pasukan di bawah naungan badan induk itu mematuhi peraturan 'Financial Fair Play' mulai musim 2013-2014.

Ronaldo dan perwakilannya merasakan dia berhak meraih kontrak terbaik dunia sebagaimana yang sedang dinikmati Didier Drogba dan Nicolas Anelka di China.

Sejak berpindah dari Manchester United ke Real dengan rekod dunia yuran perpindahan 80 juta pound (RM394.5 juta), dia cemerlang meledak 114 gol dalam 104 perlawanan untuk gergasi Sepanyol itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive