Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, September 19, 2012

Perbuatan biadab, kencing di atas gambar pemimpin

image

PADANG SERAI -

Ketua Penerangan Pas Kawasan Padang Serai, Ahmah Rizal Mohd Nor kecewa terhadap perlakuan tiga lelaki yang dengan sengaja menghina gambar pemimpin kanan Pas sepertimana yang tersebar di Internet, baru-baru ini….

Ahmad Rizal berkata, perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku memandangkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan kebebasan berpolitik.
“Berpandukan kepada portal yang tersiar, ia jelas menunjukkan tiga lelaki dengan sengaja kencing di kain rentang, di mana terdapat wajah pemimpin Pas, termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.
“Perlakuan ini bukan sahaja boleh menimbulkan kemarahan penyokong Pas, malah ia mengaibkan wajah pemimpin Pas,” katanya.
Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya berlaku setelah Malaysia baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaannya ke-55.
“Sekiranya perlakuan ini masih berlaku dalam kalangan penyokong mana-mana parti politik, saya beranggapan mereka ini masih belum matang dalam perjuangan.
“Mengaibkan wajah pemimpin mana-mana parti politik bukanlah budaya kita sebagai seorang Islam ataupun bangsa Melayu,” katanya.
Ahmah Rizal bersama ahli Pas Kawasan Padang Serai diketuai Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan, Padang Serai, Fauzi Tahir membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, petang kelmarin.
Laporan itu bertujuan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka terlibat kerana dengan sengaja cuba mengancam keamanan rakyat.
Sementara itu, Pegawai Pejabat Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Hadzir Abdullah menyifatkan perlakuan mengaibkan wajah pemimpin Pas sebagai satu perlakuan biadab dan ia tidak seharusnya dilakukan mana-mana individu.
“Kita jangan ikut resam orang barat, di mana mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapat kepuasan. Orang Malaysia beradab dan mempunyai pegangan agama. Perlakuan seumpama ini bukan amalan kita.
“Saya tidak kisah pemimpin mana yang akan disokong rakyat, tetapi perlakuan kencing di wajah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) merupakan sesuatu yang keterlaluan.
“Saya minta polis siasatan permasalahan ini kerana mereka yang diaib itu bukan sahaja pemimpin, tetapi yang paling penting mereka saudara kita sesama Islam,

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive