Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, September 3, 2012

Hat-trick Van Persie Bantu Manchester United Tewaskan Southampton 3-2

419290_426584650732613_1455804303_n

SOUTHAMPTON,

- Robin van Persie (RvP) menjadi aktor utama kemenangan sukar Manchester United di kandang Southampton, Minggu (2/9/2012). Sempat tertinggal dua kali, MU akhirnya menang dramatik 3-2 berkat hat-trick Van Persie….

Pengurus Sir Alex Ferguson membuat keputusan mengejutkan dengan mencadangkan penjaga gol David de Gea. Kedudukan De Gea digantikan penjaga gol asal Denmark, Anders Lindegaard.
Selain itu, kehadiran semula Rio Ferdinand membuat Michael Carrick kembali bermain sebagai pemain tengah bertahan. Dalam dua perlawanan awal, Carrick kerap dimainkan sebagai pertahanan tengah bersama Nemanja Vidic ..
Terus memegang kawalan permainan, gol "Red Devil" TuanRumah terlebih dahulu mndaptakan gol pada minit ke-16. Dari sebuah umpan tarik Jason Puncheon, Rickie Lambert unggul duel udara melawan Rafael da Silva. Dengan pantas, tandukan Lambert membuat seisi Stadium St. Mary bersorak menyambut gol pembuka itu.
Tetapi sayangnya, kelebihan Southampton hanya berlangsung 11 minit. MU berjaya menyamakan skor menjadi 1-1 melalui tendangan voli Van Persie yang menembusi gol Davis.
Southampton benar-benar memberikan perlawanan ketat terhadap MU. Memasuki minit ke-34, Adam Lallana nyaris membuat gol untuk tuan rumah andai sepakannya tak menyamping tipis dari gol Lindegaard. Akhir separuh masa pertama berkesudahan 1-1 untuk kedua-dua pasukan.
Seminit berselang, Southampton kembali membuat kejutan. Umpan tarik Lambert berjaya disundul Morgan Schneiderlin untuk mengoyak gol MU. Patrice Evra tak boleh berbuat apa-apa setelah dirinya tergelincir ketika menjaga Schneiderlin.
MU yang kembali mengejar ketinggalan skor, mendapatkan peluang emas. Pada minit ke-68, "Setan Merah" mendapat hadiah penalti berikutan pelanggaran Jos Hooiveld terhadap Van Persie. Namun malang, Van Persie yang mengambil sepakan gagal menjaringkan gol ketika tendangannya terlalu lemah dan masih boleh ditepis Davis.
Ferguson memasukkan Javier "Chicharito" Hernandez untuk mencari gol yang diperlukan. Chicharito kerap menjadi pemain penting saat main sebagai pengganti. Namun, tuah Chicharito tak terlihat.
Justeru Van Persie yang kembali jadi aktor MU pada perlawanan tersebut. Pada minit ke-85, Van Persie berjaya membayar kesalahannya gagal melaksanakan penalti. Kali ini, bola muntah hasil tandukan Rio Ferdinand, berjaya dimanfaatkan Van Persie dengan mudah. Skor kembali sama kuat 2-2.
Semasa perlawanan sepertinya akan berakhir seri, Van Persie menunjukkan kapasitinya sebagai top skorer musim lalu. Sebuah sepakan sudut untuk MU berjaya diselesaikan Van Persie melalui tandukan pada minit ke-92. MU bersorak dan menamatkan perlawanan hebat Southampton dengan kemenangan 3-2.

Sumber : tabekpuang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive