Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, September 1, 2012

Muslim nafi sekeras-kerasnya

su_01.1
KUALA TERENGGANU -
Dua pemain Terengganu yang dikatakan melanggar disiplin membawa gadis masuk ke bilik hotel seperti yang didakwa jurulatih, Peter Butler menafikan sekeras-kerasnya mereka terlibat.....

Mohd. Muslim Ahmad ketika ditemui, mengakui dia keluar lewat pada hari kejadian kerana mahu membeli makanan dan ubat demam untuk rakannya, Ismail Faruqi As'hari yang turut dikaitkan dalam insiden itu….

Ya, memang saya ada keluar lewat tetapi bukan membawa perempuan ke dalam bilik hotel seperti yang didakwa dan kami tidak tahu bagaimana jurulatih (Butler) membuat kenyataan itu sedangkan dia tidak memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.
"Kami memang terkilan dengan perkara ini kerana ia mengaibkan keluarga tetapi kami akan tunggu keputusan pihak pengurusan kerana mereka yang membayar gaji kami.
"Antara hubungan dengan jurulatih, saya profesional dan kita tetap akan bermain selagi diarahkan persatuan," tegasnya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.
Sehubungan itu, pemain kebangsaan tersebut, mahu Butler meminta maaf secara terbuka atas tuduhan yang dibuatnya.
Sementara itu, Butler ketika ditemui tetap mempertahankan kenyataannya dan akan membuat laporan rasmi seperti mana yang diarah oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi membolehkan siasatan dijalankan lebih lanjut.
Ujar Butler, beliau bertanggungjawab melatih pemain berdisiplin kerana ia penting untuk melahirkan pemain yang berkualiti dan berjaya.
"Tidak kisah bermain di mana sekali pun, Manchester United, Barcelona atau Terengganu, pemain perlu ada disiplin sebab itu adalah satu perkara yang perlu ada untuk sesebuah pasukan berjaya.
"Untuk berdisiplin pemain perlu kerja keras dan itu yang saya lakukan dan jika ada yang tidak suka cara saya, saya OK dengan perkara itu tetapi saya buat semua ini untuk meletakkan pasukan Terengganu pada standard yang lebih tinggi," ujarnya.
Ketika ditanya keputusan PBSNT yang mahu kedua-dua pemain itu tetap berada dalam senarai pasukan itu, jawab beliau: "Saya kena akur dengan keputusan pengurusan untuk kekalkan pemain sebab saya bukan orang yang boleh buat keputusan hanya boleh melatih untuk mendisiplinkan pemain sahaja.
"Untuk saat ini, saya mahu pemain tumpu pada perlawanan bertemu Kedah esok (malam ini) dan kita perlu menang."
Kelmarin, akhbar melaporkan tentang tindakan Butler menyingkirkan dua tonggak utama pasukan Terengganu, Muslim dan Ismail daripada pasukan negeri itu kerana didakwa terlibat dengan masalah disiplin pada malam sebelum aksi menentang pasukan Kedah.
Kedua-dua pemain ini dikatakan pulang pukul 3 pagi di mana menyalahi peraturan dan mereka turut didakwa melalukan kesalahan lain.
Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive