KUALA LUMPUR -
Juara treble tahun lalu, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mengekalkan trofi Perisai Komuniti yang mereka menangi musim lalu apabila membelasah Sapura 5-0 di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, semalam......
Kemenangan besar itu membuktikan KLHC masih menjadi pasukan pilihan utama pada musim ini untuk menyapu bersih semua trofi yang dipertandingkan.
KLHC cukup bertenaga semenjak separuh masa pertama lagi apabila mendahului 5-0 dan Sapura mungkin menerima kekalahan lebih besar jika tidak kegagalan KLHC memanfaatkan peluang terhidang.
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil membuka gol pertama KLHC pada minit ke-7 sebelum Mohd. Razie Rahim menambah dua lagi jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-16 dan 18.
Harvinder Singh dan Tengku Ahmad Tajuddin terus menambah derita Sapura dengan dua lagi gol pada minit ke-23 dan 24 untuk menutup tirai separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Sapura dapat beraksi lebih baik untuk memastikan KLHC lebih banyak bertahan namun gagal mendapatkan sebarang gol.
Dalam perlawanan lain, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekadar seri 2-2 dengan Maybank manakala Nur Insafi-Perak menewaskan UniKL 3-2
Sumber : utusan.
No comments:
Post a Comment