Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, April 17, 2013

Isteri Boleh Disewa Bulanan Di Medan

Isteri Boleh Disewa Secara Bulanan Di MedanGadis Medan (Gambar hiasan)

Asalkan berpoket tebal, segelintir keluarga wanita di sini sanggup bermenantukan lelaki Malaysia tanpa terlalu memikirkan faktor rupa dan usia,

walaupun anak perempuan mereka dilayan umpama isteri bulanan selain berstatus isteri kedua, ketiga, malah keempat.

Yang penting, nasib anak gadis mereka terbela selain dapat menumpang sedikit kemewahan melalui bayaran nafkah yang dihantar secara bulanan iaitu kira-kira sejuta rupiah (RM320.00) dan perkahwinan itu didaftar secara sah di sini.
Bagaimanapun, tidak siapa tahu gelora si isteri yang hanya bertemu suami dua atau tiga bulan sekali, menyebabkan ada antara mereka sanggup berlaku curang atau digelar selingkuh oleh warga tempatan.
Senario merisaukan itu terbongkar berdasarkan siasatan wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke Medan selama seminggu selepas mendapat maklumat, semakin ramai lelaki Malaysia berkunjung ke sini secara senyap-senyap untuk berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama.
Lazimnya, perkahwinan pasangan seperti itu bahagia pada peringkat awal sebelum berdepan masalah selepas perkahwinan rahsia berkenaan diketahui isteri pertama.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive