Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, April 24, 2013

Saya memang rela hati lakukan hubungan intim dengan ayah, dia tidak bersalah, jangan hukum dia

pakaian seragam sekolah pelajar perempuan di Thailand yang melampau 5Seorang mangsa rögöl bawah umur memberitahu mahkamah, dia melakukan hubungan seks dengan bapa kandungnya dengan rela hati dan bukan dipaksa.

Mangsa yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Sesyen semalam, dia tidak mengetahui lelaki berusia 54 tahun dikenali sebagai Mat Kedah itu ialah bapa kandungnya ketika melakukan perbuatan itu di atas tilam di dalam bilik tidurnya yang turut dihuni ibu kandungnya.
Hasil hubungan itu, mangsa yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan selama tiga tahun melahirkan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun tujuh bulan selepas disahkan mengandung pada Ogos 2010.
Pengakuan itu dibuat ketika keterangan impak mangsa (VIS) di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan terhadap bapa kandungnya itu yang mengaku salah merögöl gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini, jam 1 pagi, pada penghujung Julai 2010.
Mangsa mengakui kesan kejadian itu menyebabkan dia berasa malu kerana penghuni lain di rumah perlindungan mengetahui dia mengandung anak luar nikah.
Ketika ditanya Emelia apa tindakan ibunya apabila mengetahui dia mengandung hasil perbuatannya dengan tertuduh, mangsa memberitahu ibunya tidak berkata apa-apa dengan alasan perkara itu sudah terjadi.

“Saya melakukan perbuatan itu bukan sebab paksaan dia (tertuduh) tetapi dengan rela hati,” katanya.

Emelia sempat menasihatkan mangsa supaya menjaga anaknya dengan baik dan mengingatkan wanita itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan serta mencari rezeki halal untuk membesarkan anak itu yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun.
Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang kelihatan sugul sepanjang prosiding kes, Emelia menempelak lelaki yang mempunyai empat rekod jenayah termasuk rögöl dan dadah.
Tertuduh memberitahu mahkamah dia tidak tahu mangsa adalah anak kandungnya malah pada awal prosiding kes memberitahu hubungan dengan mangsa atas dasar kawan.
Mengikut fakta kes, pengadu adalah bapa angkat mangsa bertindak membuat aduan polis selepas mendapati anak angkatnya itu mengandung enam bulan hasil perbuatan tertuduh kerana bimbang anak dikandungnya itu akan dijual dan mangsa dijadikan pelacur.
Pada sekitar Julai 2010, mangsa memanggil tertuduh dan ibu untuk tidur di atas tilam di dalam bilik tidurnya sebelum lelaki itu merögölnya pada jam 1 pagi tetapi dia hanya bertindak mendiamkan diri.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive