Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, April 27, 2013

Tips dan Petua Menghilangkan Rasa Sakit Perut

sakit-perutKadang-kadang banyak faktor penyebab terjadinya sakit perut ini sama ada terlebih atau terkurang makan,

makan makanan yang pedas, makanan sudah tamat tempoh basi atau makanan terlalu manis juga boleh mengakibatkan terjadinya sakit perut. Biasanya bila dah makan macam-macam benda yang pedas, yang manis maka perut pun boleh meragam. Kat bawah ini petua daripada nenek moyang kita dahulu-dahulu

Untuk bebudak
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.

Untuk Yang Dewasa
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda
2. Kunyah daun jambu batu tersebut dan telan airnya.
3. Bancuh tea pekat kosong tanpa gula bersama air suam (diminum)
4. Petua lain ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive