Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, April 19, 2013

Ziana Nak Bantu Protegenya…” KITA LAWAN, TAK CUKUP DUIT, KAU CAKAP”

Ziana-Zain-Mohd-MentorJuara program realiti Mentor, Mohd akan menfailkan saman terhadap penyanyi Zatul

selepas tuduhan yang dibuat wanita itu mendakwa dirinya telah dirogol.
Mohd yang juga merupakan protege kepada penyanyi Ziana Zain dalam program realiti itu turut menyatakan bahawa mentornya itu turut menyokong hasratnya itu dan bersedia membantu dirinya dari segi kewangan.

“Saya akan failkan saman terhadapnya (Zatul) dalam masa terdekat ini. Sekarang ini masih dalam proses mengumpulkan bukti-bukti. Pihak polis pun kata yang saya ada peluang menang.
“Kak Gee (panggilan untuk Ziana Zain) ada telefon saya. Dua jam kami berbual di talian malah kak Gee kata, “Mat aku kenal kau Mat. Tiga bulan aku jaga kau, aku tahu lurus kau macam mana. Industri ini ada yang menjatuhkan kita, ada yang menaikkan. Aku dah cakap, kalau berkawan itu kenalah hati-hati. Kita lawan! Tak cukup duit, kau cakap,” jelas Mohd kepada Malaysian Digest.


Mohd turut menyatakan selepas dikaitkan dengan tuduhan itu, kariernya sedikit sebanyak terjejas dengan kontroversi itu.
Demi meneruskan kelangsungan hidupnya, Mohd kini sudah membuka perniagaan masakan popular dari Melaka, Asam Pedas di kampung halamannya di Tiram, Johor.
Restoran kendaliannya itu dinamakan sebagai Asam Pedas Mohd Power.
Diharapkan Mohd bersabar dengan dugaan yang menimpanya kerana lambat laun kebenaran pasti terungkai jua akhirnya nanti.
Kita tunggu dan lihat saja keputusan kes ini nanti ya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive