Pelakon, Rozita Che Wan akui seronok apabila dia dan bakal suaminya, Zain Saidin dapat digandingikan dalam satu program realiti, Masterchef Selebriti Malaysia
musim kedua (MasterChef Selebriti 2).
Rozita Che Wan berkata, peluang yang diberikan itu sangat dihargai apabila setiap masa dapat bersama buat hati tersayang.
"Apabila dipilih masuk bersama mula-mula tu, memang ramai rakan-rakan artis suka mengusik kami. Tapi tahan sahaja lah dengan guraun mereka.
"Kami bertanding seperti biasa dan kami jarang diletakkan bersebelahan meja ketika pertandingan walaupun kami merupakan pasangan kekasih.
"Tapi apa-apa pun seronok jugalah bila saya tengah masak dia ada depan mata kerana jadi bersemangat dalam pertandingan ini," katanya kepada murai.com.my
Selain Rozita Che Wan dan Zain Saidi, MasterChef Selebriti 2 juga turut disertai selebriti lain seperti Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang dan Datuk Aznil Nawawi.
Bercakap mengenai pengalaman Rozita Che Wan yang sudahpun memulakan rakaman MasterChef Selebriti 2 itu, dia akui tertekan dalam bab menyediakan sajian dalam cabaran yang diberikan.
"Saya memang suka masuk pertandingan, lebih-lebih lagi pertandingan memasak kerana saya dapat mengasah bakat saya dalam bidang ini.
"Bagaimana terus-terang saya katakan, memang agak tertekan setiap kali membuat rakaman program ini.
No comments:
Post a Comment