Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, April 26, 2013

Anne Ngasri teruja temani Sumali berkempen

Anne Ngasri
Anne Ngasri

Pelakon dan pengacara, Anne Ngasri, bukanlah nama picisan dalam industri seni tempatan kerana wanita ini mula menceburi bidang lakonan sejak usia kanak-kanak lagi.

Anne Ngasri
Anne Ngasri bersama anak-anaknya.

Anne Ngasri
Anne Ngasri dan Sumali

Mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 22 Disember lalu bersama Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 41, Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 29, kini mula berjinak-jinak dengan politik.
Empat bulan bersama Sumali, Anne kini ligat membantu dan menemani suaminya berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurut Anne, pembabitannya dalam dunia politik bukanlah kerana status suaminya sebagai orang kuat parti, namun dia adalah ahli Umno sejak dulu lagi.
"Ayah saya memang penyokong kuat Umno dan kami sekeluarga memang membesar dengan persekitaran itu.
Sebelum ini, saya juga aktif di peringkat cawangan dan memegang jawatan Naib Presiden.
"Pun begitu, saya bukanlah setiap hari keluar berkempen kerana suami saya masih bekerja di pejabat pusat. Jika ada masa lapang atau hari cuti, barulah saya teman suami.
"Tahun ini adalah kali pertama saya turun padang dan bersama-sama penyokong lain memberi sokongan kepada calon di Pontian. Ia adalah pengalaman manis buat saya dan berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan untuk negara," kata ibu kepada tiga anak ini.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, manakala Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufi an Hakim, 8.
Kehadiran 'orang baru' Tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata, Anne dan Sumali bakal menyambut kelahiran zuriat mereka pada penghujung September ini.
Menurut Anne, di usia kandungan tiga bulan ini, dia terpaksa mengurangkan aktiviti seninya untuk menjaga kandungan.
"Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan, saya tidak mengalami alahan yang teruk. Hanya alahan biasa seperti dilalui sebelum ini.
"Buat masa ini, saya terpaksa mengurangkan aktiviti serta lakonan. Pun begitu, saya masih berlakon sikit-sikit.
"Masa yang ada digunakan untuk menguruskan keluarga dan mengambil serta menghantar anak ke sekolah. InsyaALLAH, selepas bersalin, saya akan kembali aktif," katanya yang masih mengacarakan program di TV9, Semangat Intelek Swadaya (SIS).
Keluarga sempurna Biarpun pernah kecundang dalam perkahwinan pertama, namun jauh di sudut hati Anne, dia mengharapkan kebahagiaan  untuk perkahwinan keduanya ini.
Tidak mendambakan harta yang melimpah ruah, Anne mengakui hanya inginkan ketua keluarga yang mampu menjadi tulang belakang untuknya dan anak-anak.
"Saya mengimpikan keluarga yang bahagia dan kasih sayang antara kami tidak pernah pudar. Saya bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami dan penyayang.
"Begitu juga anak-anak, mereka menerima kehadiran suami dan Alhamdulillah, hubungan itu sangat akrab. Setakat ini, tiada masalah yang timbul dan kami sangat bahagia.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive