Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, July 16, 2013

Serina Redzuawan Bongkar Rahsia Turun Berat 12 KG!

2013-07-15_190529Pelakon Serina Redzuawan akui kini rasa lebih berkeyakinan tinggi dan selesa apabila berat badannya sudah pun menurun sehingga 12 kilogram

dan menghampiri berat badan idealnya. 
Tidak mengamalkan diet yang mendadak, sebaliknya, Serina Redzuawan memberitahu dia hanya mengamalkan pengambilan makanan tambahan daripada produk kesihatan dan kecantikannya milkinya sendiri bernama Anggun Serina.
"Sebenarnya saya sudah mula sedar akan pentingnya menjaga penampilan dan bentuk badan, lebih-lebih sebagai seorang selebiriti. Lagipun kalau gemuk saya rasa tak happy dan tidak ada keyakinan diri.
"Sejak dari itu, saya mual mengambil pengambilan pemakanan yang sihat tetapi masih tidak dapat mengurangkan portion makanan yang saya ambil kerana saya ni memang 'kuat' makan.
"Dalam masa yang sama juga saya telah mengamalkan makanan tambahan iaitu sejenis serbuk yang diberi nama Anggun Serina. Tak sangka dalam masa 3 bulan mengamalkannya, berat badan saya mampu turun sebanyak 12 kilogram.
"Sebenarnya saya sudah setahun mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan ini dan Alhamdulilah mendapat respon yang bagus daripada pengguna. Walaupun ianya bukan produk menguruskan badan tetapi fungisnya yang boleh membuang toksin dalam badan secara tidak langsung membersihkan lemak-lemak kita ni. Mungkin ramai yang tak percaya tetapi itulah hakikatnya," katanya kepada murai.com.my selepas majlis Berbuka Puasa Aquila Emas, baru-baru ini.
Selain menguruskan pernigaan Anggun Serina, Serina yang kini sudah menjadi penerbit kepada YKS Film Makers Sdn Bhd itu turut menjalankan perniagaan Farmasi Cosway dan sebuah restoran yang baru dibuka iaitu Char Kueh Teow Simply Delicious Penang Mai.
Anak kepada Chef selebriti terkenal antarabangsa, Dato` Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu berkata dia perlu punya tubuh yang sihat dan fitted supaya dapat menguruskan beberapa perniagaan yang dijalankan.
"Saya kini memang agak sibuk dengan banyak urusan pernigaan sehinggakan saya kurang rehat dan kerana itu mungkin saya senang kurus. Bagaimana pun,saya suka dengan hidup saya sekarang kerana saya memang seorang workaholic dan mungkin mewarisi darah bapa saya yang memang suka kuat bekerja," jelasnya.
Pun begitu, Serina memberitahu, dia masih mengutamakan keluarganya dan cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk suaminya, Gavin Edwar O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar serta 2 orang anaknya.
"Apa-apa pun keluarga tetap diutamakan. Sesibuk mana pun saya, saya akan tetap cari masa untuk suami dan anak-anak. Dalam seminggu tu paling tidak, dua hari saya akan masakkan untuk keluarga, suap anak-anak makan. Kalau tidak pun, saya akan cari masa ajak suami dan anak-anak pergi bercuti," tambahnya lagi.
Pasangan ini dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata iaitu Tristen Tareef, 3, dan Isabella Saffiya yang berusia 2 tahun

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive