Tuesday, July 16, 2013

Malam Sebelum Bertunang, Raja Azmi Sempat Karaoke ?

2013-07-15_190109Percaya tak dengan berita yang portal Murai laporkan ini? Produser filem penuh sensasi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman,54, masih sempat lagi

meluangkan masa untuk berkaraoke di Redbox, Pavillion pada malam tadi, walhal dia bakal melangsungkan pertunangan dengan basist CRK, Eddie Ghazali atau Eddie, 45, pada petang ini.
Aktiviti berkaraoke itu bagaimanapun diadakan dengan untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil yang jatuh pada tanggal 14 Julai 2013.

"Sebagai seorang yang sudah lama mengenali Roslen, saya harap dia akan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, umuir yang panjang serta bertambah sukses lagi di masa akan datang.
"Di kesempatan ini juga, saya ingin perkenalkan bakal tunang saya iaitu Eddie pada semua yang ada di sini. Inilah dia orangnya," kata Raja Azmi yang turut mendedikasikan lagu Tak Ingin Sendiri yang dinyanyikannya kepada duda anak dua itu.
Majlis ulang tahun kelahiran Roslen Fadzil iti turut dimeriahkan dengan kehadiran komposer, Julfekar yang sudah pun sembuh daripada sakitnya setelah rebah secara tiba-tiba sewaktu hendak bermain badminton kira-kira 2 minggu lalu. Julfekar hadir sama dengan penyanyi, Min Yasmin yang juga anak didiknya.
Turut hadir sama adalah Pengurus Artis, Sam Kassim bersama artis barunya. Selain itu, hadir sama memeriahkan majlis ulan tahun kelahirannya Roslen Fadzil itu adalah beberapa kakitangannya yang bertugas di unit hiburan Harian Metro iaitu MUrshid Eunos, Yanie Baharom serta Wahi Aziz

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive