Tuesday, July 16, 2013

Piya tak mahu fikir’

xfrontpage.jpg,qhm.pagespeed.ic.quW4I3tu3wKapten Kelantan Mohd Badhri Radzi tidak mahu mengendahkan dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dia

tidak bersikap patriotik untuk menyarung jersi kebangsaan susulan kegagalannya melaporkan diri bersama skuad kebangsaan.

Perancang tengah The Red Warriors berusia 31 tahun itu sebaliknya mahu memberikan tumpuan untuk memulihkan kecederaan hamstring yang dialaminya ketika selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Lions XII di Kota Bharu baru-baru ini.

“Saya tidak mahu fikir dan letak ke tepi dulu (dakwaan tidak patriotik). Saya kini hanya memikirkan kecederaan kerana saingan Piala Malaysia bakal bermula bulan depan,” kata pemain berusia 31 tahun itu yang membantu Kelantan meraih tiga piala musim lalu termasuk Piala Malaysia.
Bagaimanapun dia melaporkan diri bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM petang semalam mengakui sepatutnya menghadirkan diri ketika dipanggil berbuat demikian Khamis lalu.

Foto

BADHRI ditemui ketika melaporkan diri di Wisma FAM, semalam.

“Kehadiran hari ini (semalam) adalah di atas inisiatif sendiri. Mungkin berlaku salah faham sebelum ini dan saya harap kehadiran saya (di Wisma FAM) akan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive