Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, July 16, 2013

Isteri Dipijak Kerana Tegur Suami Tak Puasa

Isteri-Dipijak-Kerana-Tegur-Suami-Tak-PuasaSEORANG kerani berusia 21 tahun dipijak suaminya hanya kerana menegur lelaki terbabit  tidak berpuasa

di rumah mereka di Sungai Long,Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, selain dipijak, mangsa juga ditumbuk dan dibaling botol kaca oleh lelaki terbabit.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa yang pulang dari tempat kerja menjumpai sisa makanan di dapur.

“Ketika itu, mangsa masuk ke dapur bagi menyiapkan juadah berbuka puasa sebelum menemui sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun itu bertanya suaminya sama ada dia berpuasa atau tidak.

“Lelaki terbabit memberitahu dia tidak berpuasa sebelum mangsa menegurnya supaya berubah dan insaf atas perbuatannya itu.

“Teguran mangsa menyebabkan suaminya tiba-tiba naik angin lalu menumbuknya dan dibaling dengan botol kaca,” katanya.

Sumber berkata, ketika diperlakukan demikian, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan dua tangannya.

Katanya, suspek hanya berhenti memukul isterinya itu apabila melihat mangsa terbaring di lantai.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive