PELAKON popular, Scha Al-Yahya mengakui dirinya sentiasa mengutamakan sajian untuk bersahur manakala suaminya,
Awal Ashaari pula mempunyai sikap yang berlawanan dengannya apabila dikaitkan dengan perkara itu.
“Kalau bersahur ni Awal dia memang tak berapa sangat. Saya je yang beriya sahur. Tapi lama kelamaan Awal pun join sekali saya bersahur. Paling tidak pun dia akan minum air. Bagi saya pula, akan bersahur apa saja juadah yang ada, simple je,” kata Scha yang dipetik menerusi portal Buah Mulut.
Bercakap mengenai persiapan lebaran kali ini, Awal telah menyerahkan 100 peratus kepada isteri kesayangan untuk menguruskannya.
Tahun ini merupakan tahun kedua mereka merayakan perayaan sebagai suami isteri dan menurut Scha lagi, mereka hanya menempah dua pasang baju raya dan salah satunya adalah berwarna maroon.
No comments:
Post a Comment