Friday, July 19, 2013

IZZUE ISLAM DAN ISTERI BERBULAN MADU DI THAILAND


Izzue Islam Dan Isteri Berbulan MaduJelas tergambar wajah yang semakin ceria dan berseri-seri Izzue Islam semenjak bergelar suami kepada
wanita bertuah yang juga merupakan pengurusnya sendiri,Awin Nurin.
Difahamkan,baru-baru ini pasangan ini ke Thailand untuk menjayakan rakaman program siaran Astro Ria, Romantika Raya.Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air,kesempatan ini tidak dilepaskan oleh pasangan romantis ini untuk berbulan madu di sebuah lokasi romantis di Thailand.
Sebelum ini,ramai cakap-cakap dari peminatnya sendiri yang mengkritik perbezaan usia diantara Izzue Islam dan Awin Nurin yang berbeza jarak usia 8 tahun,namun semua tanggapan negatif itu tidak memberi kesan kepada artis kacak ini.Kami crew mediasiber tabik spring kepada Izzue Islam kerana tidak cepat melatah,biarlah apa orang nak cakap,yang penting kehidupan anda bahagia disamping insan tercinta.
Apapun,mari kita layan 5 keping gambar yang dimuat naik oleh Instagram CST Production untuk tatapan peminat Izzue Islam khasnya.





Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive