Danny James seorang lelaki yang gila seks terpaksa mencari wanita baru, setelah seluruh wanita yang ada dibandar tempat kerjanya semua sudah ditidurinya.
Playboy tersebut…terpaksa berpindah ke bandar lain untuk mencari wanita.
Lelaki berusia 27 tahun tersebut yang menurut pengakuannya telah meniduri lebih dari 500 perempuan. Dia mudah mendapatkan mangsanya, kerana pekerjaannya sebagai pembuat tatoo yang sentiasa berhubung dengan orangramai.
Kerapkali ketika semua wanita di bandar tempat tinggalnya di Lytham St Annes, Lanchasire, Engaland, sudah habis ia tiduri, James akan berpindah ke bandar lain untuk mencari mangsa baru.
“Setelah semua wanita di bandar sudah habis saya tiduri, saya terpaksa naik teksi ke bandar lain untuk mencari perempuan baru,” ungkap Danny James yang dipetik dari The Sun.
“Saya boleh menghabiskan ratusan pound tiap malam hanya untuk pesta dan membawa perempuan ke hotel,” katanya.
Namun semua ini membuatnya merasa tertekan dan menghancurkan bisnes tatoo yang selama ini ia kerjakan. Pada akhirnya James pun menemui pakar terapi Steve Pope, untuk menghentikan ketagihan seks yang ia alami.
Kini ia memiliki pasangan tetap dan memiliki bisnes tatoo baru di Liverpool. James pun menyamakan kisahnya dengan pemain golf dunia Tiger Woods yang memiliki masalah ketagihan seks seperti dirinya. Menurut James penyakit ini bukanlah sebuah cerita lucu seperti yang dianggap beberapa orang.
Ketika menjalani terapi James telah menemui seorang eksekutif wanita berusia 31 tahun yang tidur bersama 127 lelaki berbeza dalam waktu enam bulan. Keadaan ini bagi James tentunya membuktikan betapa ketagihan seks menjadi masalah penting bagi lelaki maupun wanita.
Sumber
No comments:
Post a Comment