Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, …
di mana saya berkenalan dan sebagainya.
“Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan,” ujar Jehan Miskin apabila ditanya berkenaan pernikahan beliau dengan gadis pilihannya yang berasal dari Korea dan telah menetap di Malaysia.
Menurut Jehan lagi, beliau telah menjalinkan hubungan dengan gadis Korea tersebut selama 5 tahun. Pandai betul Jehan menyorok hubungan beliau.
Majlis yang bakal di adakan serba ringkas di Carcosa Seri Negara, hanya 100 tetamu dijemput termasuk keluarga dan teman rapat.
Ujar Jehan lagi, majlis persandingan akan dilakukan serentak bagi kedua-dua belah pihak dan kakak dan ibu Jehan yang menetap di Amerika Syarikat turut diterbangkan untuk meraikan hari bersejarah itu nanti.
No comments:
Post a Comment