Blogger Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam tadi
dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Polis dijangka akan mengadakan sidang media sebentar lagi bagi menerangkan dan akta penulis blog tersebut ditahan.
Difahamkan, penahanan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas berhubung penahanan berkenaan lewat malam tadi.
Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam kerana menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
No comments:
Post a Comment