Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, April 11, 2013

Kisah Seram : Suara Seram Memanggil di Celah Pokok

2013-04-11_005236Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang besuti disebuah pusat peranginan

. Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti. Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu.
Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah. Masing masing berpasangan. Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.
Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain. Sudah tidak sabar sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut. Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja. Kini tibalah masa untuk merasainya pula.
Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat. Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas. Mereka tetap juga bermain. Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ.
Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian. Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam. Apabila letih, mereka akan berhenti minum.
Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel. Didalam perjalanan pulang kehotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi. Ditepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok. Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa. Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut.
Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka. Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu. Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini. Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua.
Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama adaterdapat kawan kawan mereka menyorok disebalik pokok. Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa. Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan. Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.
Tiba tiba, nama mereka dipanggil semula. Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut. Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.
Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah celah dahan pokok tersebut.
Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok. Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan. Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah. Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive