Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, April 17, 2013

Gempar! Saintis Cipta Mesin Meramal Masa Depan

Gempar! Saintis Cipta Mesin Meramal Masa Depan - Ali Razeghi Aryayek Time Machine

Ali Razeghi

Seorang ahli perniagaan dan saintis Iran mendakwa berjaya mencipta mesin yang membenarkan pengguna mengetahui apa yang berlaku pada masa depan bagi tempoh lapan tahun

Ali Razeghi mendaftarkan ‘Mesin Rentas Masa Aryayek’ dengan Pusat Ciptaan Strategik kendalian kerajaan.
Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya” Ali Razeghi, Saintis
Alat itu boleh meramalkan masa depan dalam satu cetakan selepas mengambil bacaan daripada sentuhan seorang pengguna, katanya kepada agensi berita Fars.
Razaeghi, 27, berkata peralatan itu berfungsi dengan satu set algoritma rumit untuk meramalkan lima hingga lapan tahun kehidupan akan datang mana-mana individu, dengan 98 peratus ketepatan.
Sebagai pengarah urusan Pusat Ciptaan Strategik Iran, Razeghi adalah seorang pencipta bersiri dengan 179 ciptaan lain disenaraikan di bawah namanya.
“Saya sudah bekerja dalam projek ini sejak 10 tahun lalu,” katanya.
“Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya.
“Saya tidak akan bawa anda kepada masa depan, ia akan bawa masa depan kepada anda.”
Razeghi berkata, kerajaan Iran dapat meramalkan kemungkinan satu konfrontasi ketenteraan dengan sebuah negara asing, dan meramalkan turun naik nilai mata wang asing dan harga minyak dengan menggunakan ciptaannya itu.
“Biasanya sebuah kerajaan dapat melihat lima tahun akan datang berupaya menyiapkan dirinya untuk cabaran yang mungkin menggugatnya,” katanya.
“Oleh yang demikian kami jangka untuk memasarkan ciptaan ini sebaik saja kami capai satu peringkat pengeluaran besar-besaran.”
Razeghi berkata, projek terbarunya dikritik rakan dan saudara mara kerana ‘cuba bertindak seperti Tuhan’ dengan kehidupan manusia dan sejarah.
“Projek ini bukan bertentangan dengan nilai agama sama sekali.
“Amerika cuba buat ciptaan ini dengan membelanjakan jutaan dolar sedangkan saya hanya belanja sedikit saja.
“Alasan kami tidak melancarkan prototaip pada peringkat ini ialah China akan curi idea ini dan menghasilkan keuntungan berjuta-juta dolar dalam sekelip mata,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive