Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, April 17, 2013

Semut Mampu Mengesan Gempa Bumi Sebelum Berlaku

 

Semut Mampu Mengesan Gempa Bumi Sebelum BerlakuSemut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegiatan sebelum gegaran berlaku.

Penyelidik berkata, semut hanya kembali melakukan rutin seperti biasa sehari selepas gempa berlaku.

Gabriele Berberich dari Universiti Duisburg-Essen di Jerman membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat tahunan Geosains Eropah di Vienna, Khamis lalu.
Berberich dan rakannya mendapati, semut merah hutan suka membina busut mereka di sepanjang kawasan gegaran aktif di Jerman.
Ada kira-kira 15,000 sarang semut itu di sepanjang kawasan berkenaan yang retak apabila gempa berlaku.
Dalam kajian itu, Berberich dan rakannya menggunakan kamera khas untuk mengesan aktiviti semut mulai 2009 hingga 2012.
Mereka mendapati, peri laku semut berubah apabila kekuatan gempa melepasi magnitud 2.
Sebanyak 10 gempa berlaku dalam tempoh itu membabitkan magnitud 2 hingga 3.2 selain gegaran lebih kecil. Manusia juga boleh mengesan gegaran melepasi magnitud 2.
Berberich berkata, aktiviti biasa semut ialah mengumpul makanan ketika siang hari dan berehat pada waktu malam.
Tetapi, sebelum gempa berlaku, semut tidak akan masuk ke sarang pada waktu malam sebaliknya berada di luarnya.
Peri laku pelik itu berlarutan sehingga sehari selepas gempa berlaku, kata Berberich.
Semut merah hutan ada sel ‘chemoreceptors’ yang dapat mengesan perubahan tahap karbon dioksida serta sel ‘magnetoreceptor’ yang dapat mengesan medan magnet, katanya.
Berberich dan rakannya merancang untuk mengkaji peri laku semut itu di kawasan gempa bumi lebih besar.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive