Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, September 26, 2013

Mangsa serakah lapan lelaki

imageKUALA KUBU BHARU - Ahli keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol  lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi

sebaliknya dipaksa dan dicederakan.
Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol.
“Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut.
“Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir,”.
Menurut sepupu mangsa , mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu.
mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek.
“Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama.
“Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki,” 
setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut.
mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis.
kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan.
mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya.
mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah.
pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.
gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan.
“Dia turut  sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC.
“Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan perutnya turut disepak

mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek.
Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive