Sunday, September 15, 2013

Keputusan Malaysia vs Myanmar Final Pestabola Merdeka 2013

harimau muda vs Myanmar Pestabola MerdekaPerlawanan akhir kejohanan Pestabola Merdeka 2013 antara Malaysia (Harimau Muda A) menentang Myanmar yang

berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang.
Rekod tanpa kalah Malaysia dalam peringkat kumpulan sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran tentang kekuatan sebenar skuad Harimau Muda A kerana pasukan Myanmar juga memiliki pemain-pemain yang menggerunkan. Mereka sebelum ini membelasah Singapura, 2-0.
Apapun, tumpuan pastinya terarah kepada siapakah yang bakal menggalas peranan di bahagian serangan skuad memandangkan Rozaimi telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan ketika meledak dua gol menewaskan Thailand.
Bagi admin, kepantasan dan kawalan cantik kaki kiri pemain kelahiran Sabah itu tidak boleh dipertikaikan. Jarang sekali ada pemain Malaysia yang memiliki bakat dan skill sedemikian. Harapnya, OKS dapat memberi peluang kepada penyerang ini untuk berada dalam kesebelasan utama Harimau Muda A.
Perlawanan Malaysia menentang Myanmar boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran TV9. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan antara Malaysia dan Myanmar yang dijangka berlangsung sengit.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive