Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, September 9, 2013

Kerana Skandal Lucah Adi Putra: ‘Hubungan Kami Suami Isteri Sudah Renggang’

Adi-Putra-skandal 1“Syukur, berkat sokongan keluarga dan rakan, saya dapat mengharungi dugaan ini.
“Bagaimanapun, beri saya sedikit masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum tampil memberi kenyataan,” kata suami kepada seorang wanita yang didakwa berbalas mesej berbaur cinta dan lucah menggunakan aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (WhatsApp) dengan seorang pelakon lelaki popular tanah air,

baru-baru ini.
Menurut peniaga berusia 56 tahun itu, sejak mengetahui kejadian terbabit awal Ogos lalu, hidupnya tertekan dan hubungannya dengan isteri, renggang.
Katanya, mujur keluarga dan rakan faham masalah dihadapinya dan memberikan sokongan.
“Saya sudah menghubungi pelakon itu lebih dua minggu lalu dan mengajaknya bersemuka untuk menyelesaikan masalah ini. “Bagaimanapun, dia enggan sebaliknya membuat laporan polis sebelum kejadian ini terbongkar.
“Kini, saya menyerahkan semua perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa sama, berbincang dengan peguam saya berkaitan apa yang perlu dilakukan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada masa sama, katanya, isterinya sedar kesilapan dilakukannya dan dia (isteri) juga tertekan dengan kejadian terbabit serta berulang kali memohon maaf kepadanya.
“Sejak kejadian ini terbongkar, hubungan saya dan isteri agak renggang namun kami masih berusaha menyelesaikan masalah ini.
“Jadi, tolong beri kami masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum saya tampil memberi kenyataan kepada semua pihak.
“Saya sedar, keluarga pelakon berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan dan saya tidak menyalahkannya kerana pelakon itu adalah keluarganya, namun saya juga berhak memberikan kenyataan dan akan menyertakan bukti,” katanya.
Berdasarkan satu laporan polis dibuat suami kepada wanita terbabit, pelakon lelaki terbabit didakwa menghantar gambar lucah melalui WhatsApp kepada isteri pengadu.
Pengadu mendakwa pelakon terbabit berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatakan menemui mesej perbualan antara pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar terbabit sebelum melaporkannya di Balai Polis Skudai manakala pelakon itu pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa dia diugut seseorang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive