KAN mudah ceritanya jika mengakui sahaja apa yang terjadi dari berdolak dalik
dengan media dan para peminat. Bront Palarae dalam kenyataan terbaru mengesahkan yang dirinya sudah bergelar suami orang selepas bernikah pada 31 Ogos yang lalu.
Bercakap kepada Yahoo! Malaysia, Bront Palarae meminta maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan berita pernikahan ini kerana ianya sesuatu yang bersifat sangat peribadi buat mereka berdua & tidak mahu ianya menjadi sesuatu yang sensasi.
“Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu & majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja”
“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami”
Dalam temubual yang sama, Bront Palarae memberitahu yang isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur dan mereka mula berkenalan pada 1999 ketika masing masing baru memulakan kerjaya.
Mereka menjalinkan hubungan cinta empat tahun kemudian tetapi terputus di tengah jalan.
“Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu,” tambah Bront yang turut bercadang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halamannya di selatan Thailand pada hujung tahun ini. – Rotikaya
No comments:
Post a Comment