Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, September 8, 2013

Berat Turun 114 Kilogram Gara-gara Takut Mati

Charmaine-Wilkinson-2253054-565x423APABILA diberitahu doktor dia hanya ada masa 5 tahun sahaja lagi untuk hidup dengan berat badannya ketika itu,

Charmaine Wilkinson, 34, mula berasa sangat takut.

Justeru, dia berusaha keras mengubah gaya hidup hingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa setahun sahaja.

Beratnya sebelum itu sekitar 215 kilogram. Menurut doktor tulang-tulangnya akan hancur jika berat badannya terus meningkat seterusnya membawa kepada kematian.

Charmaine kemudiannya menjalani pembedahan usus dan mengubah gaya hidup. Hasilnya, ukuran bajunya yang bersaiz 32 (ukuran Eropah) kini cuma saiz 12.

Ketika gemuk, Charmaine menyatakan dia mengalami kesukaran bernafas dan sulit untuk berjalan seperti wanita tua.

Berat badannya mula meningkat selepas dia melahirkan anak, Maison, 13 dan Poppy, 4. Tabiatnya yang gemar makan makanan ringan dan minuman manis memburukkan lagi keadaan.

Kini, Charmaine merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama tunang yang sudah bersamanya selama 11 tahun.

Memandangkan tubuhnya kini jauh bebeza, dia tidak sabar untuk mengenakan gaun pengantin kelak. -

Charmaine-Wilkinson-2253044

Charmaine-Wilkinson-2253045

Charmaine-Wilkinson-2253052

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive