Friday, September 20, 2013

Punca sebenar Rashid Sidek letak jawatan dari BAM

tan aik mongPerletakan jawatan yang diumumkan oleh Rashid Sidek semalam sebagai jurulatih badmintan negara amat mengejut

orang ramai termasuk pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei.
Berbanding Misbun Sidek yang terus berahsia daripada memberikan penjelasan punca sebenar dia meletakkan jawatan, tidak pula bagi Rashid Sidek yang secara terus-terang memberitahu tidak senang pertukaran pucuk pimpinan BAM.
Menurut bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu, dia tidak boleh ikut dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini kerana disifatkannya seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang sedia ada.
“Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan."

“Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah."
“Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive